Ingat kepada Rasulullah tetapi tidak cintadan
ikutisunnahnya adalah sia-sia.Jika kecintaan kepada Baginda S.A.W sudah meresap
menjadi darah daging,pastinyasetiap gerak gerik seseorang akan senantiasa
dibayangi gerak gerik Rasulullah S.A.W. Ingat kepada Rasulullah S.A.W tetapi
tidak wujud rasa cinta kepada Baginda dan tidak ikuti perbuatan yang sesuai
dengan sunnahnya,bahkan tidakmeras bertanggung jawab menjaga syari'at dan
ajarannyaadalah ingatan yang sia-sia.*** Setiap hari banyak cerdik pandaidan
ilmuwan Islam mengkaji sirah Rasulullah S.A.W sehingga menelurkan beberapa
resolusi penting untuk masa depan Umat. Seiring dengan usaha mulia itu
banyak perubahan positif berhasil mendewasakan umat tetapi tidak mungkin menutup
mata terhadap penyelewengan terang-terangan yang di lakukan generasi Islam abad
modern yang canggih ini. Mereka lahir 1,500 tahun selepas kewafatan Nabi S.A.W
,diasah oleh kebudayaan yang lahirselepas kejatuhan Islam sehingga luntur
semangat Islam dalam diri generasi kini.Transformasi budaya sudah membentuk
generasi Islam menjadi tiga lapisan. Yang pertama adalah mereka yang
meninggalkan pegangan agamadalam kehidupan,condong ke timur atau ke berat
mengikuti pemahaman buatan manusia tanpa mengambil secuilpun prinsip peninggalan
Rasulullah S.A.W. Lapisan kedua ialah yang menolak semua selain Islam dan
sayangnya interpretasi mereka mengenai Islam terlalu kolot dan tidak
terkompromi.Sering mentafsirkan prinsip agama secara tekstual,tidak memahami
tempat dan suasana yang memerlukan pendekatan berbeda dalam mengaplikasikan
syariat. Lapisan ketiga ialah umat yang sederhana,dalam bahasa Al-Qur'an
disebut "UMMATAN WASATHAN",umat pertengahan yang menerima konsep tekhnis baru
diluar Islam selama tidak menyalahi prinsip Islam dan berpegang kepada tali
kukuh pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Umat yang memandang ketimur dan barat
dan kemana saja tempat segala kebaikan dapat di manfaatkan untuk kejayaan agama
Allah.Mereka senantiasa berfikir apakah sumbangan yang dapat diberi untuk
Islam,supaya perjuangan Rasulullah S.A.W dapat di sambung sehingga tiada yang
lebih tinggi melainkan kalimah Allah. Siapakah yang menggantikan Hamzah
disisi Baginda S.A.W yang setia membela hingga terkoyak dada,tercabut jantung
dan dikunyah-kunyah darah daging kecintaan Nabi itu? Ketika ingat kepada
Rasulullah S.A.W ,bertanyalah pada diri sendiri,dimanakah kita ketika dakwah
Rasulullah S.A.W menagih janji penolongnya????
Tidak ada komentar:
Posting Komentar